Tajuk dalam Grup, Koleksi Nama Samaran, Suara ke Teks untuk Mesej Video dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Tajuk dalam Grup, Koleksi Nama Samaran, Suara ke Teks untuk Mesej Video dan Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan tajuk untuk menyusun perbincangan dalam grup besar, bentuk baru koleksi nama pengguna sesuai untuk kegunaan blockchain, pilihan untuk menukar mesej video kepada teks, dan banyak lagi.

Tajuk dalam Grup

Grup Telegram boleh menyokong komuniti besar dengan ratusan ribu pengguna. Untuk memastikan bual mudah dibaca, grup dengan lebih 200 ahli kini boleh mendayakan topik dan mencipta ruang berasingan untuk mana-mana subjek.

Topik berfungsi sebagai bual individu dalam grup – menyokong media kongsi dan aturan notifikasi mereka. Ahli bebas berbual dalam mana-mana topik daripada Piala Dunia hingga ke Tamadun Melaka, menggunakan semua ciri kegemaran mereka seperti undian, sematan mesej dan bot.

Ciri ini ditujukan khusus untuk grup besar, menambahkan cara baru untuk menyesuaikan bual mereka dan mempromosikan perbincangan. Lewat tahun ini, kami akan memperkenalkan set alatan yang berbeza, disesuaikan dengan grup kecil. Jika anda ingin memandu uji topik, cuba topik tersebut dalam grup awam.

Pentadbir grup boleh mendayakan topik di Aturan Grup mereka dan boleh mengawal siapa yang dibenarkan untuk mencipta dan mengurus topik di Permisi.

Seperti sebelum ini di Telegram, kemaskini selanjutnya akan membawa alat yang lebih berkuasa untuk kedua-dua pentadbir dan pengguna ciri ini.

Jika anda ingin menjadi orang pertama yang mengetahui tentang kemaskini Telegram, anda boleh menyertai saluran Telegram rasmi kami, Berita Telegram, kini tersedia dalam bahasa Melayu: t.me/TelegramMS

Koleksi Nama Samaran

Pengguna Telegram boleh memudahkan orang lain menghubungi mereka atau mencari grup dan saluran awam mereka melalui nama samaran. Sebagai tambahan kepada nama samaran asas, anda kini boleh agihkan berbilang koleksi nama samaran pada setiap akaun dan bual awam anda.

Pemilikan koleksi nama samaran dijamin oleh TON, rangkaian blokcen yang pantas dan berskala. Ia boleh dibeli dan dijual melalui platform baru, satu cara mudah dan selamat untuk mendapat dan menukar domain Telegram yang digemari.

Koleksi nama samaran berfungsi seperti @username(nama samaran) asas, mereka muncul dalam hasil Carian Global dan mempunyai link mereka sendiri yang boleh digunakan di luar Telegram: username.t.me dan t.me/username.

Tidak seperti nama samaran asas, koleksi nama samaran ini panjangnya boleh kurang dari 5 aksara – membolehkan anda mendapatkan nama unik seperti @news atau @game. Setelah diperoleh, pengguna mempunyai kawalan penuh ke atas koleksi nama samaran mereka, boleh menjual atau mengekalkannya untuk kegunaan kemudian hari.

Anda boleh menyahaktifkan mana-mana koleksi nama samaran anda – menjadikannya tidak kelihatan dalam hasil carian tanpa kehilangan nama

Lihat halaman ini untuk keterangan lanjut mengenai memperolehi koleksi nama samaran, menugaskan dan mengaktifkan mereka di Telegram.

Premium Suara ke Teks untuk Mesej Video

Sejak pelancaran Telegram Premium, pelanggan telah dapat menukar mesej suara kepada teks – untuk ketika di mana membaca lebih mudah dari mendengar. Kemaskini ini menambahkan fungsi yang sama pada mesej video, membolehkan pengguna Premium mendapatkan transkrip teks segera.

Pek Baru Emoji

Walaupun beribu-ribu pengguna mencuba dengan memuat naik set emoji tersuai, artis Telegram telah melengkapkan 12 pek emoji baru. Pengguna premium boleh menggunakan emoji ini dalam mana-mana mesej dan kapsyen – atau setkan sebagai status untuk Halowin:

Reka Bentuk Baru Mod Malam untuk iOS

Tema gelap telah dinaik taraf untuk pengguna iOS, membuat warna lebih seimbang dengan kesan kabur yang lebih baik bila anda skrol dalam bual dan senarai bual.

Saiz Semula Teks pada Android

Menukar saiz teks anda dalam Aturan Bual pada Android kini membesarkan saiz semua teks bual – termasuk pratonton link, kepala balasan dan banyak lagi.

Penambahbaikan Kecil Reka Bentuk

Animasi baru telah ditambahkan apabila anda leret ke kiri untuk membalas. Menekan nombor fon pengguna dalam halaman profil mereka akan membuka menu baru dengan beberapa opsyen panggilan. Dan untuk detik singkat apabila Telegram memuatkan mesej dalam grup atau saluran, anda akan melihat ruang letak berdenyut baru.

Emoji dan Reaksi Interaktif Baru

Untuk masa anda sedang belajar, tidur atau curiga, kemaskini ini membawakan 4 emoji interaktif baru 😴👨‍💻🤓👀 yang memainkan kesan skrin penuh dalam bual 1-dengan-1 dan juga boleh digunakan sebagai tindak balas. Selain itu, semua pengguna boleh meraikan musim yang menyeramkan dengan 3 lagi reaksi 👻🎃😭 dalam mana-mana bual.

Itu sahaja pertukaran untuk hari ini. Kami memohon maaf kerana tidak dapat merayakan Halowin tepat pada masanya tahun ini kerana Apple mengambil masa dua minggu untuk memeriksa kemaskini kami.

Anda boleh baca pos ini dari pengasas kami untuk keterangan penuh - dan bagaimana kita boleh lawan balik.


5 November 2022
Pasukan Telegram

Berita Lain

Гісторыі ў суполках і яшчэ 8 магчымасцей

Telegram выводзіць камунікацыю ў суполках на новы ўзровень — з 9 новымі магчымасцямі. Цяпер суполкі могуць размяшчаць гісторыі і захоўваць іх як допісы на сваёй старонцы профілю. Можна…
29 Feb 2024

Захаваныя паведамленні 2.0, аднаразовыя галасавыя і відэапаведамленні, і яшчэ 8 новых магчымасцей

На працягу студзеня мы дадалі 10 новых магчымасцей у Telegram – сярод якіх палепшаныя захаваныя…
31 Jan 2024

Палепшаныя выклікі, эфект распылення і новы функцыянал ботаў

Дзясятае абнаўленне Telegram у 2023 дадае абноўленыя выклікі з лепшай прадукцыйнасцю і меншым спажываннем зараду батарэі, новы эфект распылення…
31 Dis 2023

Налады выгляду каналаў, адпраўка допісаў у гісторыях і шмат чаго яшчэ

З сённяшнім абнаўленнем любы карыстальнік зможа апублікоўваць допісы з каналаў як гісторыі, каналы атрымаюць пашыраныя налады выгляду,…
23 Dis 2023