Editor Teks Kaya, Komuniti, Mesej Bot Tidak Kelihatan, 350 Juta GIF

Baca pengumuman asal dalam Bahasa Inggeris
Editor Teks Kaya, Komuniti, Mesej Bot Sementara, 350 Juta GIF

Menikmati musim panas adalah terlalu dibesar-besarkan. Apa kata anda cuba kemaskini baru kami:

  • Pemformatan Kaya: Tulis blog, artikel dan pos panjang.
    • Tambah jadual, media di talian, senarai, tajuk, petikan dan lagi.
    • Gunakan editor visual yang intuitif dan dioptimumkan untuk mudah alih dan desktop.
    • Jana teks, formula atau jadual dengan alat AI di samping privasi terjaga.
    • Kirim lebih 32,000 aksara dalam satu mesej.
  • Komuniti: Link beberapa saluran, grup, atau bot bersama.
    • Sertai bual lain dalam komuniti tanpa link jemputan.
    • Akses semua bual komuniti dari satu item dalam senarai bual anda.
    • Kawal siapa yang boleh tambah lebih banyak bual ke komuniti anda.
  • Mesej Tak Nampak dalam Grup: Dapatkan balasan daripada bot yang hanya boleh dilihat oleh anda.
    • Kirim koman sementara kepada bot dan terima balasan peribadi dalam bual yang sama.
    • Tidak perlu lagi skrol ringkasan AI dan ucapan yang ditujukan kepada ahli lain.
  • 350 juta GIF: Carian baru yang lebih pantas dalam panel GIF.
    • Cari GIF berkualiti tinggi yang dioptimumkan untuk Telegram.
    • Lakukan carian dengan privasi sepenuhnya.
    • Nikmati musim panas sebaiknya.

Editor Teks Kaya

Kami tahu anda sukar untuk meluahkan diri dengan perkataan. Jadi hari ini, kami berikan anda lebih banyak GIF sebuah editor teks lanjutan dengan sokongan untuk tajuk, jadual, senarai, petikan dan blok kod! Ia juga membolehkan anda tambah foto dan video di bahagian tengah mesej.

Jangan risau, editor ini dilengkapi dengan interfes visual yang intuitif — dan anda juga boleh guna alat AI berkuasa Cocoon untuk menjana teks “anda” dengan privasi penuh.

Seperti kemaskini pemformatan kaya untuk bot, editor membolehkan anda mengirim sehingga 32,768 aksara dalam satu mesej. Tunjukkan kepada robot apa yang manusia boleh lakukan!

Editor Teks Kaya kini tersedia hanya untuk pengguna Telegram Premium. Kenapa? Kerana jika tidak, kami terpaksa memanggilnya Editor Teks Miskin — dan anda tentu tidak akan rasa selesa.

Komuniti Telegram

Beberapa grup, saluran, dan bot kini boleh dihubungkan bersama menjadi komuniti berdasarkan topik yang sama. Ahli komuniti boleh lihat bual lain dan sertainya serta-merta. Memulakan pujaan tidak pernah semudah ini!

Bual dalam komuniti boleh Dilihat oleh semua ahli atau Tersorok dari semua orang kecuali pentadbir komuniti dan ahli bual tersebut. Pujaan 101: Sentiasa simpan resepi tersorok grup perkongsian untuk Tok Penghulu anda.

Komuniti menjimatkan ruang dalam senarai bual anda. Anda boleh tukar sama ada komuniti dipaparkan sebagai bual berasingan atau sebagai satu bual yang akan berkembang apabila anda membukanya.

Komuniti berkolaborasi secara paras asal, membenarkan mana-mana ahli untuk tambah lebih banyak bual — tetapi anda boleh hadkan ini dalam tetapan sebelum ahli pemuja anda tambah 47 grup kucing. Bila menambah bual adalah terhad, anda sebaliknya akan nampak mereka sebagai cadangan.

Mesej Bot Sementara

Dengan mod bot tetamu, anda sudah boleh dapatkan maklumat dari bot dalam mana-mana bual. Selepas kemaskini hari ini, mesej ini akan tidak lagi menggangu bual grup untuk setiap orang.

Bot dalam grup kini boleh kirim mesej yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu, seperti mesej ucapan, ringkasan AI privat, ralat, pengesahan, atau menu dengan butang.

Mesej Sementara

Bot boleh kirim mesej sementara pada bila-bila masa atau respon kepada koman tertentu. Koman ini disorotkan di menu bot dengan ikon tertentu, dan hasil mesej boleh dinampak hanya kepada bot dan orang yang guna mereka.

Juruprogram bot boleh dapat maklumat lanjut tentang mesej sementara di sini.

350 Juta GIF

Adakah kami baru sahaja kata kami tidak akan beri anda lebih banyak GIF? Kami tersilap. Panel GIF kini membolehkan anda mencari lebih 350 juta GIF dalam 36 bahasa. Carian baru ini dikuasakan oleh indeks luar talian untuk GIF yang banyak dikongsi dan tersedia secara umum dengan model AI sumber terbuka.

Bukan seperti apl pemesejan lain, carian GIF Telegram anda adalah sepenuhnya peribadi, tidak bergantung pada pihak ketiga — dan kini jauh lebih pantas.

Itu sahaja untuk kali ini. Sekarang masanya untuk dapatkan cendul atau ABC durian Musang King!


14 Julai 2026
Pasukan Telegram

Berita Lain

리치 텍스트 에디터, 커뮤니티, 그룹 내 휘발성 메시지, 3억 5천만 개의 GIF

텍스트를 서식화하고 생성할 수 있는 리치 텍스트 에디터, 여러 그룹, 채널, 봇을 연결하는 텔레그램 커뮤니티, 그룹 내에서의 휘발성인 봇 메시지, 3억 5천만 개 이상의 GIF 검색 등 다양한 기능이 새롭게 도입되었습니다.
14 Jul 2026

스마트워치 앱, 봇을 위한 리치 텍스트, 그룹을 위한 AI 가디언, 그리고 그 외에도 다양한 기능

오늘 업데이트로 텔레그램이 애플 워치와 안드로이드 스마트워치에서 사용 가능해졌으며, 봇을 위한 다양한 서식의 리치 텍스트, AI 관리자가 새로운 그룹 멤버를 심사하는 기능, 더 똑똑해진 투표, 브라우저 제어 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
11 Jun 2026

게스트 AI 봇, 봇 간 대화, 대화 자동화, 맞춤형 AI 스타일, 1억 개 이상의 이모지 및 스티커 검색 등 다양한 기능

텔레그램은 사용자가 어떤 대화에서도 AI 서비스를 이용할 수 있는 방법, 봇으로 받은편지함을 자동화하는 기능, AI 텍스트 에디터에서 맞춤 스타일을 만드는 기능, 설문조사에 한도를 설정하고 통계를 볼 수 있는 기능 등 10가지 이상의 새로운…
7 Mei 2026

AI 에디터, 마이티 폴, 라이브 포토, 봇이 관리하는 봇, 그리고 그 외 더 많은 기능

오늘 업데이트에서는 두 번의 탭만으로 텍스트를 번역, 변환 또는 수정할 수 있는 AI 에디터, 미디어 첨부 및 활성 설문에 대한 새로운 응답 제안과 같은 설문조사용 신규 기능, 모든 앱에서 라이브 및 모션 사진 지원, 다른 봇을 생성하고 관리할…
31 Mac 2026